Jerit Ikut Suka Korang


ShoutMix chat widget

Pillower

Tuesday, October 19, 2010

Budak-budak sekarang terlampau hebat...

aku suka maruku dan merapu

Helllooooooooo semua...hehehe
Lama juga cik.ninie tak hapdet blog ni..
sibuk dengan sistem yang nak kena disiapkan sebelum tamat praktikal ni..
kalau tak buat..alamat F la nanti result cik.ninie...hehehe
so..ape kes dengan tajuk di atas...
nak tau tengok di bawah...

Pelajar 15 tahun dibelasah 5 rakan hingga lembik
KUALA LUMPUR: Seorang remaja dibelasah lima rakannya hingga lembik selepas dituduh menghilangkan topi keledar milik seorang daripada mereka dalam satu kejadian di belakang sebuah restoran di Lembah Jaya, Sabtu lalu.

Mangsa berusia 15 tahun itu ditendang, dilibas dengan tali pinggang, kayu, selain dicekik dan ditampar kumpulan terbabit sebelum dia diselamatkan saudaranya yang kebetulan turut berada di lokasi kejadian.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku jam 2 pagi ketika mangsa minum di restoran bersama beberapa rakan lain di kawasan Bukit Langat, Ampang sebelum didatangi kumpulan berkenaan.

“Kumpulan lelaki terbabit yang juga rakan mangsa menunggang motosikal sebelum mereka mengajak remaja itu secara paksa pergi ke restoran di kawasan Lembah Jaya.

“Mangsa menumpang motosikal rakannya itu dan sejurus tiba di belakang restoran berkenaan, mangsa dibelasah lima rakannya itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa dibelasah kerana dia dikatakan menghilangkan topi keledar dipinjam daripada salah seorang rakannya itu dan mereka tidak berpuas hati kerana mangsa enggan membayar ganti rugi.

“Mangsa bernasib baik apabila dia diselamatkan saudaranya kebetulan turut berada di kawasan itu sebelum membawanya pulang,” katanya.

Sumber terbabit berkata, mangsa mendapatkan rawatan di hospital kerana cedera di pinggang dan leher sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sumber dari metro

2 comments:

Anna Boleyn said...

hmm baru 15 tahun kot. konon dah hero sangat lah tu pukul2 orang. huhu kesian kat budak yang kena pukul tu.

Unknown said...

@Anna Boleyntu la pasal..kalau ye pun jangan la nak belasah teruk2...tak ada perikemanusian betul..

Cuci mata untuk entri yang lain

Related Posts with Thumbnails

nuff..nang...