Sebab aku pun salah sorang yang ada penyakit resdung...
Ape tu resdung...Resdung(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Kalau ayat2 camni tak paham kot..aku tunjuk gambar..
Apa kes aku boleh dapat resdung ni..nak tau gak ape punca2 dia...
Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan
udara tak dapat dikeluarkan..
Kalau udara tu tak dapat keluar, ia
pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan
kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah
mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.
Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya
Sebab tu je ke...sedih betul aku bila tau 2 je punca dia..kesian dekat aku..xleh nak sapu sampah sangat dekat rumah..asal aku nak sapu je bersin..baru pegang penyapu je...dah bersin..seksa2..
Kadang2...kalau bersin kejap je tak ape juga..ni kalo dah start menyapu dari pagi..start situ dah mula bersin...sampai la malam...rasa boleh tercabut tekak aku ni dok bersin je...
Ada petua dia ke tak ek...Aku paling susah nak ikut petua2 ni..tapi kalo terdesak..aku ikut je..tapi..bila suh aku pantang makan udang..mula membuatkan aku memberontak...AKU SUKA UDANG!!..nyum3...
Ok..ape petuanya..kalau ada yang boleh aku ikut..aku ikut...muahahaha..
Petua mencegah resdung:
1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti
tinggi.
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu..
Ok tu je la kot info yang aku nak kongsi pasal resdung ni..Katakan TIDAK pada RESDUNG!!!
(gambar: mine, google)
(info : sioloon)
1 comment:
terima kasih untuk info yang berguna..hehe...
Post a Comment