Jerit Ikut Suka Korang


ShoutMix chat widget

Pillower

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka tiba lagi...

Time2 macam ni..mesti ada yang sedang menyaksikan pertunjukan bunga api sempena merdeka ni...Ya...kita sedang menyambut kemerdekaan lagi...bertapa berjasanya orang2 kita dahulu demi membawa keamanan untuk negara kita ni..

Aku kalo cite bab sejarah failed sikit...tapi kalau tanya adik aku..dia agak cekang..sebab dia minat sejarah...hehe..

Kalau tarikh 31/8..ni menjelma dalam hidup aku..yang aku tau kita dah merdeka dan mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada orang memerdekakan negara kita ni..

Tarikh ni..mungkin bagi sesetengah orang ni...boleh buat party ke..doa selamat ke..aku plak..dok umah..tengok tibi...xpun tdo..wawawa...cam boring pun ada..

Tapi ada sambutan merdeka yang akan aku ingat sampai bila2...time aku kat teknik..biasa la..mula2 solat maghrib dengan isya' jemaah kat Suran An'nur..pastu ramai2 gerak g dewan Mutiara..Dewan Mutiara ni tempat kami berkumpul time perhimpunan or ape2 event la..
Ok..pastu adalah MC akan bercakap2 pasal merdeka ni..bla..bla...pastu time pelajar membuat lakonan sempena sambutan merdeka yang paling ditunggu2 sebenarnya...lakonan dia orang MELETOP habis...memang time tu..best gile2 la...tabik spring pada kawan2 yang berjaya buat lakonan MANTAP tu...

Pastu ada plak tayangan video..untuk memperingati sambutan kemerdekaan kita ni...
Dah dekat tengah malam tu..Kami kena kumpul dekat padang kawad...Tiba2 datang la satu motor ni..actually tu moto dewan makan asrama kami..dekat atas moto tu..ada ketua pengawas sekolah kami...dia laungkan..MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!...memang terbaik la abang RE time tu...tu la bagi aku sambutan merdeka yang aku rasa akan aku kenang sampai bila2...

Oh..lupa..ada lagi satu sambutan merdeka ni y aku ingat n xkan lupa..time sambut merdeka dengan adik aku..time tu kami nak tido dah..gagah lagi tunggu smpai kul 12...pastu bila dah kul 12...kami laungkan merdeka pelan2...merdeka!merdeka!merdeka!..
untuk memeriahkan acara kami tu..kami ikat tuala kat katil..pastu letak pensil tengah2 tuala 2....tuala tu dikendurkan sikit..kami 2 beradik pun tarik tuala tu..berterabur jatuh pensil2 tu..memang kenangan yang tak akan aku lupakan...


Buat semua..SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA YANG KE 53....


(gambar : google)

Monday, August 30, 2010

Ada apa dengan Resdung???

Kenapa aku bukak entry pasal resdung ni?? Kenapa???
Sebab aku pun salah sorang yang ada penyakit resdung...


Ape tu resdung...Resdung(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Kalau ayat2 camni tak paham kot..aku tunjuk gambar..

Apa kes aku boleh dapat resdung ni..nak tau gak ape punca2 dia...
Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan
udara tak dapat dikeluarkan..

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia
pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan
kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah
mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.


Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya


Sebab tu je ke...sedih betul aku bila tau 2 je punca dia..kesian dekat aku..xleh nak sapu sampah sangat dekat rumah..asal aku nak sapu je bersin..baru pegang penyapu je...dah bersin..seksa2..



Kadang2...kalau bersin kejap je tak ape juga..ni kalo dah start menyapu dari pagi..start situ dah mula bersin...sampai la malam...rasa boleh tercabut tekak aku ni dok bersin je...


Ada petua dia ke tak ek...Aku paling susah nak ikut petua2 ni..tapi kalo terdesak..aku ikut je..tapi..bila suh aku pantang makan udang..mula membuatkan aku memberontak...AKU SUKA UDANG!!..nyum3...

Ok..ape petuanya..kalau ada yang boleh aku ikut..aku ikut...muahahaha..
Petua mencegah resdung:
1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau
perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti
tinggi.
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu..

Ok tu je la kot info yang aku nak kongsi pasal resdung ni..Katakan TIDAK pada RESDUNG!!!

(gambar: mine, google)

(info : sioloon)

Sunday, August 29, 2010

aku dan kawan...

Harini aku nak cita pasal kawan...kalau korang ada dengar lagu UNIC pasal kawan..
dengar la kat sini..
Found at: - FilesTube


Sambil2 baca blog ni..layan la lagu tu k..
Bagi aku kawan ni macam mutiara..
sentiasa berkilau menyinari kehidupan aku yang x pernah lekang dengan liku2 dunia..
dari aku lahir sampai la sekarang...aku punya kawan...bermacam2 kawan...nak kenalkan suma kawan2 aku...memang penuh la entry ni..hahaha..
aku mulakan dengan kawan aku time teknik..kenapa aku start dari teknik..sebab dekat sini aku
belajar erti persahabatan yang sebenar..
Aku budak civil..tapi sekarang dah tukar kos..nak cite pasal tukar kos ni..entry len la plak k..
Aku jalani kehidupan di SMTTARP dengan berkenalan dan berkawan dengan member2 kelas aku.. 4A2 - 5A2 time bacth 04/05...
Kenangan dengan korang..adalah yang terindah bagi aku..bestfren aku time tu.. Mira dengan Tikah..


ni gambar aku ngan tikah...

ni mira..hehe

Then aku masuk poli....
time teknik 2 tahun perkenalan aku dengan kawan2 aku..
sekarang ni plak..3 tahun..aku jadi budak dip plak..
ni kawan2 aku time poli..cinta aku berputik pun time poli la gak...hehehe..


aku simple je...kalo x simple..aku x la camtu..mungkin cantik lagi la..haha..perasan2...ops...over plak aku ni...tu la aku...sampai sekarang aku adalah aku..
kawan2 aku yang kekal sampai sekarang..banyak..tapi aku tunjuk yang mana aku ada sekarang ni k...
ni bff aku...(bestfrenforever)

ni bff aku...(bestfrenforever)

Susah senang kami tempuhinya...hehehe...aku sayang kawan aku....wahai kawan kalau korang terbaca blog aku ni..aku sayang korang...


p/s:
We are friends and I do like to pass the day with you in serious and inconsequential chatter. I wouldn't mind washing up beside you, dusting beside you, reading the back half of the paper while you read the front. We are friends and I would miss you, do miss you and think of you very often. (Jeanette Winterson quote).


(gambar : mine, fb mira)

aku dan praktikal..

ok la..pagi2 ni nak cite pasal praktikal..
aku praktikal kat USM.. dekat bahagian PPSK(Pusat Pengajian Sains Kesihatan)..
aku ditempatkan dekat makmal informatik...


Ok..tu pintu masuk tempat aku praktikal..tak boleh nak masuk lagi..sebab aku x ada kunci nak buka pintu tu..kalo aku wondergirl..dah lama aku pecahkan pintu 2..x yah pkai akses kad pun xpe..senang sikit nak masuk kalo lupa bawa kad..hehe


agak sepah sikit..tapi xpe...bukan kena kemas pun..



k...dah dekat dengan tempat aku nak duduk ni..hehehe...jeng3...


wawawa...tempat aku keje..hehe..

ni aku..hehehe..comel tu..20/100 kot..hehehe..kat tempat keje aku ni..aku ditemani sorang staf perempuan..aku panggil dia k.na...keje aku kat sini..buat sistem pasal student nak amik test untuk kerjaya diri...aku buat guna dreamweaver dgn xampp..budak sains komputer ni..kena bnyak men dengan komputer je la..harap2 aku x kawin laki komputer sudah la..

setakat tu je la cite aku dan praktikal...semoga dapat blogging lagi pasni..aku budak baru belajar...

(gambar : mine , google)

p/s: hidup ini penuh dengan pancaroba..kadang-kadang kita di atas..kadang-kadang kita dibawah..tapi ketahuilah..Allah itu sentiasa tempat teratas di hati kita..

Friday, August 27, 2010

Info..

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Tuesday, August 24, 2010

tibe2 teringat game ni...

Holla...
tibe2 nak post pasal game ni bila tengok blog zack ni...
game ni..aku xtau nama ape...tapi memang bagi aku best la time dulu...
game ni kita tulis anak ada berapa,nanti kawin dok umah mana, gaji time keje berapa..

jawapan tu korang list siap2...

pastu korang mula tanda ..sampai la korang kata stop..



Pastu korang akan dapat jawapan dia...mcm gambar bawah ni...

Ni contoh dia..

Kiranya anak aku dapat 2..gaji aku 50 ringgit, rumah aku flat je..kerja aku petani..hehehe...peace..selamat mencuba bagi sesiapa yang membaca...

pose2...

Ramadhan menjelang lagi...hehe..masuk ni..dah hari yang ke-14 dah sume umat islam berposa...
kalo cite bab posa ni..aku suka pasal bazar..hehe..aku kalo boleh nak melawat sume bazar yang ada dekat dunia ni...nak tengok macam mana cara dia orang berniaga..apa yang dia orang jual..bagi aku..bazar adalah tempat yang sesak...tapi kalo sesak nak beli barang xpe...kalo sesak sbb dekat bazar pun nak dating..nk borak2..memang hampeh..aku cukup x suka kalo mcm tu..bajet2 la...org lain pun ada gak gf/bf...tp dh tau bazar tu tmpt nk beli untuk berbuka..datang situ nak beli makanan untuk berbuka dah la...(apesal aku marah sgt2 ni)..hehehe..

dulu first bazar aku g dekat pulau pinang..dekat masjid bayan baru...time 2 budak2 lagi..sume bnda tengok nak suh mak ayah beli..hehehe..then time form 4 aku kena masuk sekolah teknik..lagi la x leh g bazar mcm selalu g dgn mak ayah..sbb dok asrama..nak g pun time outing je la...

pastu..aku masuk plak poli...hehe..rancak la kalo dah masuk poli..boleh la shopping sakan kat bazar..e2 pun kalo duit masyukkk...hehehe..aku ingat lagi..aku g bazar dgn mmber aku si ida ni...kami mesti beli nasi goreng pattaya..boleh dikatakan sepanjang bulan posa tu la...lawak betul..tapi bila dok asrama kat poli masa nak beli tu terhad..dekat kul 7 lbih dh kena masuk blik...pastu bila dh dok umah sewa...lagi la syok..boleh masak untuk berbuka...thanks 2 kawan2 aku sentiasa ada di samping aku sepanjang kita dok umah sewa bersama...peace..

rasanya dah dekat setahun lebih benda tu berlalu...sekarang aku dok usm plak..g la bazar dekat usm..kire merantau gak la..hehe..kalo boleh nak merantau lebih lagi..thanks 2 roomate aku k.dayah dan juga soulmate aku izzah..y teman aku g bazar...n juga kawan2 aku y slalu lepak sama2 pas berbuka.. :)

sekarang ni...aku prktikal...dekat ngan umah...g bazar dgn mak ayah. kembali ke zaman kecik aku dulu....dunia ni seakan-akan berputar seperti roda...semuanya adalah kenangan yang x akan dilupakan...terima kasih kepada Allah..kerana memberi peluang kepada aku untuk hidup lagi...

k..sambung lagi nnti lak..nk bc blog org laiin...

Sunday, August 22, 2010

kisah besaq skit..

Ok...sambung blik kisah aku besaq ckit...
besaq tu maknanya time aku sek. rendah..pastu menengah..
ok..aku sekolah rendah dekat sekolah kebangsaan bayan baru...
Ni la sekolah aku...
Dia org dah bnyak renovate sekolah ni...kenangan still ada lagi...kalo time perhimpunan akan nyanyi lagu Negaraku,Pulau Pinang,Lagu sekolah..hehe..
Aku masuk kelas 1Biru..pastu 2Biru,3Biru,4Biru...then terlepas 5Merah...hahaha..dah biru2 sgt rkod aku pastu cm jeles skit kena lak merah..hahaha..ink pen cikgu dh hbs kot..sbb tu guna ink merah...masuk la kelas 5Merah..naik darjah 6..keputusan agak "mberansangkan" masuk la 6Ehsan...wawawawa..(kelas corot sbnrnya,,,) Sedih gak la..masuk kelas corot..tp kelas corot senang skor...hehe...
Aku jadi penolong ketua darjah time 2..mmber aku Shabila jd pengawas, Nuraini jd pengawas perpusatakaan..ni la bestfren aku dlu time rendah...shabila still contact..nuraini entah hilang kemana..hehe..time2 ni aku skor matematik je..xtau knpe...keputusan time UPSR...hahahaha....2A je... tp seperti biasa...terima kasih kepada cikgu2 dekat SKBB..jasa mendidik kami adalah anugerah Allah y diberikan kepada cikgu untuk memimpin kami menjadi insan y berguna...TERIMA KASIH CIKGU!!!...
Wah...pnt la...japg smbung lain..nk bt keje jap..chowcincow...

kisah aku kecik..

Salam dan selamat pagi... :)


Ini kisah aku...


dulu time tadika..aku punya kawan...bnyk kwan2...hehehe


aku tadika dekat tadika islam kat usm..time tu baju tadika aku kaler ungu..sekarang ni dia org dh tukar kaler dh..xtau la kenapa..ungu tu dh cntik ape..hehe


X kisah la..



Mcm ni la aku dulu2...happening... :p

Time tadika..aku ni nakal kot...suka lari sana lari sini..panjat sana..panjat sini..hehe..pas habis tadika..aku dihantar mengasuh plak kat atuk aku(mak kepada kwan ibu aku,aunt.nufu)..
Dekat umah asuh..aku ada "abg" tp bukan abg betul pun..nama dia apit..dia lg nakal dr aku...dia suka gak buli aku...tp sekarang ni..dh lost contact..masing2 dh besar...harap2 dpt contact dia lg..cam sedih la plak..ok tukar mud...

Time tadika..aku msuk nasyid...hehe..lawak plak..buat persembahan time majlis penyampaian sijil..best3 time tu...thanks kepada ustaz n ustazah kat c2..jasa ustaz n ustazah mengajar kami akan dikenang selalu...

Aku time kecik..sorang je mula2...pastu 4 tahun kemudian..dtg la si comel ni.. Nama dia Nur hadaina..nak tayang muka kecik kita org..kena crik blik khazanah2 lama..hehe...dia la tman aku ketika kecik..kami nakal sma2..main sama..dan aku ada jiran y selalu main bersama kami..nama dia org daniel dgn michael..kami akrab...hehe..pastu..dia org pindah..sedih betul..dh x ada kawan nk men sama2...

Pastu....aku meningkat usia.... sambung plak kisah aku besar ckit...

Sunday, August 15, 2010

bila aku bosan..

bila aku bosan...aku akan snap pic barang2 yang ada didepan mata aku..contohnya..
hehe..comel x..hehe...
nak tangkap bnyk lg..tp..org dok tengok2 plak..takut perasan amik gmbr dia org plak..hehe..sengal je..

Thursday, June 3, 2010

siapa saya...

~~kadang2 tertanya2..siapa kita sebenarnya,,ke mana hala tuju kita..hidup kita untuk apa..kenapa masih ramai yang tidak tahu..dan terus mara ke depan tanpa mengetahui apa yang menunggu kita di depan sana..hidup...dan terus hidup untuk mengetahuinya..
~~kita tidak semestinya berada di bawah..kita akan berada di atas suatu masa nanti,,jika kita usaha..dan terus usaha..
~~cinta membawa seribu satu makna..tapi makna sahaja tidak cukup untuk tampung cinta yang dibina itu..
~~orang kata cinta itu buta..buta kenapa,kerana cinta membuatkan kita tidak nampak sifat luar dan dalam orang tercinta melainkan dia jujur..
~~cinta bagai bumi..sentiasa berputar2...bila berhenti bumi ini berputar..berhenti la kita untuk terus hidup di dunia ini..kerana ketika bumi berhenti berputar..itu sudah kiamat..cinta untuk keluarga,kekasih,kawan2 turut berhenti..tp...cinta untuk-NYA tidak akan2 sekali berhenti...

Tuesday, May 11, 2010

mari ketawa b'sama2...

P/S: Cerita lawak di bawah ini tidak ada kena mengena dgn sesiapa y berkaitan dgn sy..Hehe..just enjoy membaca k..

~Gajah Mati
Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki: Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

~Kisah Buang Bayi
Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

~Senario perkahwinan
Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."

quotes~~

  • Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow
  • If you judge people, you have no time to love them
  • Some people come into our lives and quickly go. Some stay for awhile and leave footprints on our hearts. And we are never, ever the same
  • Many people quit looking for work when they find a job.

its me...

nama...wani..
umo..22..kadang2 15..hehe..
asal..kedah..
status..bujang..but not available..hehe
sekarang belajar lg..
hmm...

Cuci mata untuk entri yang lain

Related Posts with Thumbnails

nuff..nang...